Langkau ke kandungan utama

KARNIVAL EKSTREM GUA DAMAI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG




Assalamualaikum semua, 
wahh kembali Fafa bersiaran di blog ni kan :)

Haaa korang, fafa nak share 'hidden germ' kat Gombak, Selangor ni tau.. Mungkin tak ramai yang tahu. Tapi kat sini memang tumpuan bagi peminat peminat sukan lasak.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama dan sokongan daripada Tourism 
Selangor serta Tourism Malaysia telah menganjurkan Karnival Ekstrem Gua Damai sempena sambutan ulang tahun ke-25 MPS pada 10 dan 11 September 2022.



Pada yang pertama kali datang semestinya teruja dengan acara macam ni. Sembilan aktiviti menarik untuk pengunjung lakukan pada acara berkenaan tau antaranya adalah rock climbing, slackline, jumaring, roller blade, flying fox, tree climbing, paint ball dan abseiling. 

Paling menarik sekali, harga setiap aktiviti yang disediakan hanya RM5 sahaja!!!! dengan kupon tu juga peserta dapat menyertai cabutan bertuah. Wahhh memang rugi kalau tak cuba. Dah la murah, kalau ada rezeki menang pulak cabutan bertuah :) seronok kan....

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengunjung, ibu bapa yang hadir bersama dan memberi peluang kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang diadakan.

t



Jom kita tengok aktiviti yang ada

Kanak-kanak dah menunggu giliran untuk aktiviti flying fox


Aktiviti Absailing dan Rock Climbing


kanak-kanak pon boleh join tau, asalkan ada keberanian nye tu heheh






Flying fox tu hanya untuk kanak-kanak je ye, comel je tengok dorang buat aktiviti tu. Raudhah pon join tau tapi yang rock climbing.. jadi lah untuk pengalaman pertama dia. Next time cuba lagi ;) InsyaAllah lepas ni memang nak join lagi aktiviti kat sini



Salah satu aktiviti yang menjadi tumpuan adalah Base jump yang membabitkan seramai 14 peserta dari 5 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Australia, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Alhamdulillah, walaupun acara pada hari Ahad tu hujan sampai ke petang, tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar. Kami yang menunggu giliran untuk rock climbing pon tergendala sementara hehhe. 

Untuk tahun depan, Fafa rekemen sangat kat korang untuk join event ni. of course fafa akan join event ni setiap tahun. Wajib! hehe

::extra::
Untuk maklumat korang, if korang nk join aktiviti ni secara personal and grouping pon ada. korang boleh terus ke fb atau ig Gua Damai Extreme Park.

Seriously korang pasti teruja dengan kejadian alam ni. fafa pernah climbing kat atas Gua Damai tu ye, ada gua batik! kenapa batik??? nak tahu kene lah try!!!

fakta menarik juga.. kat atas tu ada seashell weh... banyakkk tauuu... apakah maksudnya tu?

Jom teroka Negeri Selangor :)


Ulasan

  1. Seronoknya kat sana. Banyak aktiviti lasak yang saya suka. Tahun depan nak join!

    BalasPadam
  2. First time dengar Gua Damai nie and good initiative untuk memperkenalkan Gua Damai kepada masyarakat umum. Macam nak join next year jika ada lagi

    BalasPadam
  3. sis main sekali tak? kami masa hujan siap stuck dalam Gua atas tu masa nak rock abseiling tu. haha

    BalasPadam
  4. rugi tau lambat pasal event ni. mesti best dapat join karnival kan. saya suka rock climbing

    BalasPadam
  5. Boleh explore hidden gem pula la over the long weekend ni.. :) seriously best la banyak activities yang menarik kat sini..

    BalasPadam
  6. Ingatkan kat Selayang tu Batu Caves je. Semua sekeliling tu rupanya ada nama gua-gua tersendiri eh. Salah satu Gua Damai tu la kan. Selalu tengok kawan-kawan update status buat Absailing di kawasan tu. Tengok gambar tu sama. Rupanya Gua Damai. Dapat belajar sesuatu hari ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Wah..baru tau kat Sela yang ada aktiviti lasak mcm tu, kak memang suka join aktiviti begitu dan mmg mencabar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Museum of Illusions tempat menarik wajib singgah di Kuala Lumpur

Hi korang  Musim cuti sekolah dah bermula kan, seronok nya anak-anak memang dorang menantikan saat cuti panjang ni. Ok jom fafa bagitahu korang hidden Museum in KL!  Tadaaaaaa Museum of Illusions Kuala Lumpur! Betul-betul di tengah mall besar di Bukit Bintang tu. Korang nak shopping kat Pavilion, Lot 10, Fahrenheit semua dekat. Haa kalau dah penat shopping, sebelum balik bawak lah anak-anak have fun dulu ;) Haa kalau korang nak tahu muzium ni terletak di kawasan berdekatan Pavi, Lot10 dan Fahrenheit. Ok kalau korang berjalan dari cube besar BB tu korang terus je ke laluan utama depan Lot10, terus je lagi berjalan sampai jumpa Starbucks. Sebelah tu entrance Ansa Hotel. Korang masuk je naik escalator ke tingkat 1. Dah jumpe hehhee.  Haa tengok gambar kat bawah ni.  Korang akan rasa muzium ni berbeza dengan muzium lain tau. Sebab dia bermain dengan illusi haa gitew. Berbaloi sangat sebab banyak photo spot koranb boleh ambil. Lepas tu muzium ni ada dua tingkat! Haha